Panduan Tuntutan Bayar & Tuntut
PANDUAN TUNTUTAN BAYARAN BALIK TANPA SURAT JAMINAN (BAYAR & TUNTUT)
Anda dikehendaki untuk mengisi borang tuntutan. Jika tiada, anda boleh meminta borang tersebut daripada ibu pejabat WHK atau ejen anda.
Anda dikehendaki menghantar semua dokumen, borang dan resit yang dikehendaki ke Pusat Khidmat Pelanggan kami di claim@whk.agency
- Borang Tuntutan
- Invois/Resit Rawatan Asal Hospital atau Klinik
- Laporan Perubatan
- Memo/Surat Rujukan Doktor (Referral Letter)
Selepas menghantar dokumen di e-mel dan telah mendapat maklum balas daripada pihak kami, anda dikehendaki untuk menghantar dokumen-dokumen tersebut melalui pos ke ibu pejabat kami di D-16-03, Menara Mitraland, Dataran Cascades, No, 13A, Jalan PJU 5/1, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor
Proses akan mengambil masa sehingga satu (1) hingga dua (2) bulan dari tarikh dokumen, borang dan resit tuntutan dihantar.
Jika tuntutan diluluskan selepas tempoh pemprosesan, anda akan dibayar balik berdasarkan jumlah tuntutan yang telah dikemukakan kepada kami dan pengendali insurans/takaful.
* Semua kelulusan permohonan tuntutan adalah tertakluk kepada polisi WHK dan akan disahkan oleh pengendali takaful kami
Jika ada sebarang pertanyaan, boleh hubungi kami di talian 1-800-38-7777 / 03-76125459