Teknik akupuntur adalah sesuatu yang tidak asing dalam komuniti kita. Ramai antara kita mungkin sudah tahu bahawa akupuntur memerlukan pesakit untuk dicucuk dengan jumlah jarum yang banyak. Secara definisinya, akupuntur adalah rawatan yang memerlukan beberapa jarum halus dimasukkan pada titik tertentu pada badan sehingga menembusi kulit. Ianya adalah teknik rawatan yang penting dalam dunia perubatan tradisional Cina dan kerap kali digunakan untuk merawat rasa sakit pada tubuh.Dalam dunia perubatan tradisional Cina, akupuntur bertujuan bagi mengimbangkan aliran tenaga dalam badan. Pengamal percaya bahawa badan manusia mempunyai tenaga yang dipanggil sebagai qi atau chi yang mengalir ke seluruh laluan (meridian). Dengan memasukkan jarum-jarum halus pada titik tertentu sepanjang laluan tersebut, qi atau chi akan mengalir dalam kadar lebih seimbang. Menerusi pandangan pengamal barat pula, setiap titik akupuntur mampu merangsang saraf, otot dan tisu penghubung lantas meningkatkan daya tahan sakit semulajadi dalam badan. Namun, tidak kurang juga terdapat pandangan yang lebih skeptik meragui keberkesanan akupuntur. Kumpulan ini berpendapat bahawa akupuntur memberi kesan placebo di mana akupuntur dilihat efektik kerana pesakit ‘berasa’ ianya berkesan.Persoalan yang sering diutarakan oleh pesakit baru mengenai akupuntur adalah sama ada ianya menyakitkan atau tidak. Hakikatnya, akupuntur menggunakan jarum yang sangat halus, lebih kecil daripada sehelai rambut. Rasa sakit yang mungkin muncul adalah pada kadar minimal di mana ianya hanya cukup untuk memberi tekanan kepada kulit. Sekadar cukup untuk memberi mesej kepada otak bahawa jarum telah dimasukkan menembusi kulit pesakit. Bergantung kepada jenis rawatan akupuntur yang dipilih, ada ketikanya jarum yang digunakan mungkin dipanaskan atau dicas dengan tenaga elektrik rendah. Kesan selepas akupuntur adalah tetap sama walaupun jenis rawatan yang berbeza, di mana ianya akan memberi rasa bertenaga atau tenang selepas menjalani rawatan.Akupuntur tidak sepatutnya memberi kesan yang terlalu menyakitkan. Pesakit berkemungkinan akan berasa pedih kesan dari cucukan jarum pada kulit tetapi perkara tersebut adalah kesan sampingan yang biasa. Namun, pesakit akan semestinya berasa sakit sekiranya pengamal akupuntur melakukan pelbagai kesalahan teknikal. Memasukkan jarum pada titik yang salah adalah antara kesalahan yang kerap dilakukan oleh pengamal amatur yang masih sukar mencari titik akupuntur. Tidak ketinggalan juga, kesilapan yang dilakukan mungkin melibatkan jarum yang tidak disteril selepas digunakan. Ianya adalah praktis yang perlu diamalkan pada setiap masa tanpa mengira peringkat perubatan. Kesilapan ini mungkin tidak menyebabkan rasa sakit secara langsung tetapi mampu memberi kesan jangka panjang kepada tubuh. Kemungkinan kesilapan-kesilapan ini akan terjadi membuatkan ramai menyarankan untuk mencari pengamal akupuntur yang cekap dan mempraktikkan kebersihan yang tinggi buat semua kelengkapan yang digunakan.Rawatan akupuntur kerap kali diperkatakan mampu mengubati pelbagai jenis penyakit. Walaupun ia tidak semestinya dapat menyembuhkan, tetapi ia dapat melegakan rasa sakit terutamanya dari segi fizikal. Antara penyakit atau kesakitan yang dapat dilegakan menerusi akupuntur adalah:Sakit yang disebabkan oleh kemoterapi.Rasa mual atau muntah selepas pembedahan.Sakit gigi.Fibromylgia.Sakit bersalin.Sakit kepala termasuk migrain.Osteoartritis.Senggugut.Gangguan pernafasan seperti resdung.Meskipun akupuntur tidak melibatkan proses yang rumit, terdapat beberapa risiko yang mungkin terjadi ketika mendapatkan rawatan. Semestinya, risiko yang biasa didengari adalah ketika pesakit dirawat oleh pengamal akupuntur yang kurang bekelayakan atau tidak menggunakan jarum yang bersih. Ianya dapat dielakkan dengan melakukan kajian tersendiri mengenai pusat akupuntur yang menerima banyak ulasan positif dari umum. Risiko lain yang mungkin dihadapi lebih berbentuk kepada kesan sampingan serta bergantung kepada kesihatan badan anda sendiri. Pesakit mungkin akan mengalami pendarahan kecil atua lebam pada kawasan cucukan jarum tetapi ianya tidak akan membahayakan nyawa. Namun, keadaan mungkin berbeza sekiranya pesakit mempunyai masalah pendarahan. Akupuntur juga mungkin berisiko kepada mereka yang memakai pacemaker terutamanya rawatan yang menggunakan tenaga elektrik rendah. Ia mungkin akan menganggu pengoperasian pacemaker bagi membantu pesakit jantung. Sekiranya pesakit sedang mengandung, akupuntur juga tidak digalakkan kerana dipercayai beberapa titik akupuntur dapat menyebabkan ibu bersalin awal, menimbulkan risiko kelahiran pramatang. Andai pesakit menghadapi salah satu daripada risiko yang dinyatakan, mereka perlu memberitahu pengamal akupuntur terlebih dahulu untuk mengelakkan sebarang kecuaian dalam rawatan.
Alzheimer
“Maklumlah…umur dah makin meningkat…biasalah kalau makin pelupa…,” Kita mungkin acap kali mendengar kenyataan di atas