WHK

Panduan Mohon Surat Jaminan (Initial GL and Final GL)

PERMOHONAN SURAT JAMINAN PERTAMA KETIKA DAFTAR MASUK HOSPITAL

Untuk mendapatkan surat jaminan, anda perlu pergi ke panel hospital kami.

Anda perlu meminta borang Third-Party Administrator (TPA) di kaunter kemasukan.

Setelah borang selesai diisi, anda dikehendaki untuk menghantar borang ke kaunter kemasukan dan pihak hospital akan menyalurkan borang tersebut kepada TPA.

Surat jaminan akan diberikan dalam tempoh 2 jam setelah borang dihantar. Sekiranya masa menunggu melebihi 2 jam, anda boleh menghubungi pusat panggilan WHK +603-7650 4195 untuk sebarang pertanyaan.

PERMOHONAN SURAT JAMINAN AKHIR KETIKA DAFTAR KELUAR HOSPITAL

Ketika pemeriksaan dilakukan pada hari terakhir, anda akan dimaklumkan jika dibenarkan daftar keluar hospital.

Proses ini melibatkan pihak hospital dan TPA. Anda hanya perlu menunggu surat jaminan akhir dikeluarkan.

TPA akan menyiasat dan sahkan segala butiran di dalam bil rawatan yang dikeluarkan oleh hospital untuk tujuan pembayaran.

Setelah permohonan surat jaminan akhir diluluskan, anda boleh bersiap sedia untuk daftar keluar dari hospital.

ms_MYMalay